Maklumat Terperingkat
Maklumat terperingkat menggunakan Perkhidmatan MySCUC atau Secure Cell. MySCUC merupakan salah satu perkhidmatan MyGovUC yang disediakan untuk tujuan penghantaran maklumat rasmi dan data terperingkat secara selamat kepada pengguna. MySCUC berfungsi sebagai medium penyimpanan dokumen berklasifikasi sulit dan terhad sebelum dihantar kepada penerima melalui pautan pada e-mel yang menggunakan fungsi confidential mode. Maklumat terperingkat menggunakan Perkhidmatan MySCUC atau Secure Cell. MySCUC merupakan salah satu perkhidmatan MyGovUC yang disediakan untuk tujuan penghantaran maklumat rasmi dan data terperingkat secara selamat kepada pengguna. MySCUC berfungsi sebagai medium penyimpanan dokumen berklasifikasi sulit dan terhad sebelum dihantar kepada penerima melalui pautan pada e-mel yang menggunakan fungsi confidential mode.
"Empty your mind. Be Formless. Shapeless. Like Water" - Bruce Lee -
Perkhidmatan MySCUC menggunakan fungsi confidential mode pada e-mel bagi membolehkan penghantar menetapkan tarikh tamat tempoh kandungan e-mel yang ingin dihantar. Selain itu, confidential mode turut melindungi kandungan e-mel yang dihantar daripada dimajukan (forward), disalin (copy), dicetak (print) dan dimuat turun (download) oleh pihak tertentu yang boleh mendatangkan risiko ancaman dan bahaya. Pengguna MyGovUC boleh mengakses perkhidmatan MySCUC di Google apps melalui menu log masuk solusi baharu pada Portal Rasmi MyGovUC atau log masuk akaun Google Workspace (GWS) yang menyokong fungsi Single Sign-On (SSO).