Mengenai MyGovUC
Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu berpusat di JDN
Menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti E-mel, Persidangan Video/Audio
dan Chat
Tujuan Pelaksanaan MyGovUC 3.0
Langkah penjimatan kos, memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam.
Meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Jaminan Tahap Perkhidmatan MyGovUC 3.0
1. Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan Saas adalah 99.9%.
2. Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan Aplikasi Sokongan MyGovUC 3.0 mematuhi SLA yang ditetapkan iaitu 99.5%.
Komunikasi Bersepadu
Perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi seperti E-mel, Persidangan dalam Talian (Meet) dan Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)
Sistem E-mel
Perkhidmatan bagi pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik melalui desktop, laptop atau telefon bimbit pengguna.