Maklumat Terperingkat Nina
Maklumat terperingkat menggunakan Perkhidmatan MySCUC atau Secure Cell. MySCUC merupakan salah satu perkhidmatan MyGovUC yang disediakan untuk tujuan penghantaran maklumat rasmi dan data terperingkat secara selamat kepada pengguna. MySCUC berfungsi sebagai medium penyimpanan dokumen berklasifikasi sulit dan terhad sebelum dihantar kepada penerima melalui pautan pada e-mel yang menggunakan fungsi confidential mode. Setiap dokumen yang dikongsi melalui pautan e-mel akan dilindungi dengan fungsi pengesahan kata laluan dan penetapan tarikh tamat tempoh pautan tersebut.