Maklumat Terperingkat (Mimi)


Maklumat terperingkat menggunakan Perkhidmatan MySCUC atau Secure Cell. MySCUC merupakan salah satu perkhidmatan MyGovUC yang disediakan untuk tujuan penghantaran maklumat rasmi dan data terperingkat secara selamat kepada pengguna. MySCUC berfungsi sebagai medium penyimpanan dokumen berklasifikasi sulit dan terhad sebelum dihantar kepada penerima melalui pautan pada e-mel yang menggunakan fungsi confidential mode. Setiap dokumen yang dikongsi melalui pautan e-mel akan dilindungi dengan fungsi pengesahan kata laluan dan penetapan tarikh tamat tempoh pautan tersebut. 



Pengguna MyGovUC boleh mengakses perkhidmatan MySCUC di Google apps melalui menu log masuk solusi baharu pada Portal Rasmi MyGovUC atau log masuk akaun Google Workspace (GWS) yang menyokong fungsi Single Sign-On (SSO).Perkhidmatan MySCUC menggunakan fungsi confidential mode pada e-mel bagi membolehkan penghantar menetapkan tarikh tamat tempoh kandungan e-mel yang ingin dihantar. Selain itu, confidential mode turut melindungi kandungan e-mel yang dihantar daripada dimajukan (forward), disalin (copy), dicetak (print) dan dimuat turun (download) oleh pihak tertentu yang boleh mendatangkan risiko ancaman dan bahaya.






KOD QR
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara.
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 25
Tarikh Kemaskini : 11 Disember 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome dengan resolusi minimum 1366x768.
TOP