Persidangan Dalam Talian

Persidangan Dalam Talian (Video Conference) iaitu persidangan di mana peserta berada di lokasi yang berbeza, namun dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui suara dan video dengan menggunakan kamera dari peranti seperti telefon mudah alih. Persidangan dalam talian dapat menyediakan ruang kerja secara real-time. Persidangan Dalam Talian adalah menggunakan platform Google Meet yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan standard industri yang membolehkan pengguna mengadakan mesyuarat, seminar dan perkongsian skrin secara dalam talian. Pengguna juga dapat sentiasa berhubung melalui persidangan video yang dibina diatas infrastuktur yang selamat. Perkhidmatan persidangan dalam talian yang menggunakan platform Google Meet menyokong ciri-ciri berikut:

  1. Pelaksanaan perkhidmatan persidangan dalam talian dengan ciri-ciri keselamatan, mesra pengguna, berfungsi dengan lancar dan mempunyai kualiti yang baik dengan menggunakan infrastruktur sedia ada di agensi serta boleh diakses dari pelbagai lokasi.
  2. Menyediakan fungsi penjadualkan persidangan web dimana pengguna dapat memilih serta memasukkan ahli jemputan bagi menyertai persidangan tersebut.
  3. Menyokong fungsi shared screen iaitu sebagai penganjur persidangan, pengguna berkenaan boleh shared screen dengan semua pengguna yang berada dalam persidangan tersebut.
  4. Perkhidmatan persidangan dalam talian membolehkan komunikasi secara one-to-one (1:1) dan one-to-many (1: many) bagi pengguna MyGovUC.
  5. Prestasi multi conference (1: many) berkeupayaan untuk membolehkan persidangan disertai oleh 500 pengguna serentak bagi satu persidangan (1: many).
  6. Sebagai langkah keselamatan siber, semua percakapan yang dibuat semasa persidangan dalam talian ini akan di “encrypted” semasa melalui Internet.
  7. Menyediakan tahap prestasi yang optimum bagi Persidangan Dalam Talian namun ini juga bergantung kepada prestasi rangkaian yang digunakan.
  8. Ciri-ciri persidangan dalam talian juga turut menyokong persidangan webinar.
KOD QR
MENGENAI KAMI
logo
MyGovUC 3.0 adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara.
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Digital Negara
    Kementerian Digital
    Aras 6
    Blok B MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2
    62502 Cyberjaya Selangor

  • mejabantuan@mygovuc.gov.my
  • +603-8684 8484
  • Isnin - Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu
Tag Awan

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

Hakcipta Terpelihara © 2024 MyGovUC 3.0
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Jumlah Pelawat : 25
Tarikh Kemaskini : 11 Disember 2025
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome dengan resolusi minimum 1366x768.
TOP