Sistem E-mel
Sistem e-mel adalah menggunakan platform Google Mail dan Google Calender. Penggunaan Google Mail akan memudahkan pengurusan kerja dengan lebih tersusun. Perkhidmatan e-mel merupakan aplikasi yang sangat penting bagi membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Pelaksanaan perkhidmatan e-mel MyGovUC adalah dengan menggunakan platform e-mel GWS dan menyokong ciri-ciri seperti berikut:
Fungsi
Menyediakan fungsi Global Contact, Distribution List (DL), Group List, Task, Keep (Notes), perkongsian kalendar (peribadi/kumpulan), dan muat naik dokumen.
Data Synchronization
Keupayaan untuk melaksankan Data Synchoronization untuk e-mel, kontak dan kalender bagi capaian web dan peranti mudah alih.
E-mel Pengguna
Domain MyGovUC sebagai e-mel utama dan agensi sebagai sekunder. Contoh: username.agensi@mygov.gov.my (utama), username@agensi.gov.my (sekunder).
Integrasi
Sistem ini boleh diintegrasi dengan sistem luaran seperti Digital Document Management System (DDMS)
Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)
SMTP untuk menghantar, menerima dan menyampaikan e-mel antara pengirim dan penerima.
Fleksibiliti
E-mel boleh diakses dengan mudah melalui pelbagai peranti, membolehkan pengguna berkomunikasi di mana sahaja.